Posts

Negatif

Rasa berkobar-kobar dan tidak sabar memulakan kerja dah di ganti dengan rasa sayu. Ah. Hati mula mengada-ngada. Barang belum mula di kemas. Tempat tinggal masih belum pasti. Jika sebelum ni sayang2 ada untuk menemani, menjadi tangkal kekuatan, tapi kali tanpa mereka, tidak tau hati mampu bertahan atau tidak. Ah. Air mata pun nak mengalir saat2 macam ni. Mengada-ngada. Mungkin patut berhenti di sini. Dan harap2 hati mampu bertahan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

emosi

ye, sekarang adalah waktu PMS saya. tapi emosi saya bukan di sebab kan PMS semata. emosi ni dah lama disimpan cuma sekarang makin membuak2 sebab semua nya nampak depan mata. dan PMS yang membantu menambahkan rasa emosi...  saya jarang emosi sebab apa yang jadi kt diri sendiri. emosi saya akan menjadi2 bila kawan2 saya di ganggu. saya selalu cakap, saya tak kisah saya sakit, tapi jangan sesekali buat kawan2 saya sakit. itu pantang. pantang yg jgn sesekali dilanggar.  untuk awak perempuan, jangan letak maruah awak di tapak kaki. awak la antara orng yg memalukan kami kaum wanita. tolong la sedar si lelaki tu dah berpunya. jgn di ganggu hubungan yg dah sememang nya banyak cabaran tu. dan tolong jgn bagi alasan sekadar kawan. saya perempuan dan kebanyakkn kawan lelaki saya juga adalah kepunyaan orang. apa yang awak buat tu memang dah menjangkau limit seorang kawan.  untuk awak lelaki, tolong jadi lelaki yang tetap pendirian.buat keputusan dan pilih. jangan jadi tamak. p...

Resah

Sedang menanti bas si jejaka sampai, jadi aku decide untuk mencoret di sini. Rasa nya sini je la medan luahan perasaan sekarang. Laman sosial lain sudah bagai tiada privacy. Follower dan friends mudah terasa hati. Kepada org lain luahan dituju, orang lain yg terasa, jadi yg paling selamat adalah coretan di sini. N terpulang la anda2 hendak terasa atau tidak. Post ini hanya la bersifat general. Tidak terasa hendak dituju kepada siapa2. Hati resah. Memikir kan tentang hala tuju hidup.. Jujur aku tak nampak masa depan. Tak nampak arah tuju hidup. Tapi aku belum mengalah. Masih berusaha agar aku di buka kn mata dan hati tentang masa depan. Dan harap2 aku masih kuat untuk berusaha.. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ego

hati dah longlai sebenar nya. tapi otak masih ego. masih ingin di uji kesungguhan itu. ika kata, ujian jgn melampau. jangan sampai satu hari nant sudah sampai limit si dia yang di uji. hati mengiyakan tapi ego menghalang. menjawab, jika dia benar benar ikhlas, sehebat mana pun ujian dia akan terima dan menunggu. ego juga degil mengatakan silap di pihak dia. sedangkn hati sedar, kalau bukan sebab diri sendiri yg kurang, silap ini takkan datang. entah. mahu biar ego mengawal dulu. kalau dia mengalah, maknanya bukan jodoh kami. itu sahaja. tapi hati tau, tak semudah itu akan diterima. entah sekali lagi. biar saja la keadaan yang menentukan. kalau ada, ada la. aku hanya berserah...

Coming soon

Kesedaran untuk update blog makin menebal dalam diri. Mungkin dah tiba masa blog ini perlu dipedulikan. Dengan bertimpa timpa masalah yang datang, blog ini mungkin jalan penyelesaian yang terbaik. Pendengar terbaik yang lain sudah mula punyai kehidupan sendiri. So, blog ini di perlukan. Post akan datang akan lebih panjang dan detail. Untill then, good bye! :) Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

mungkin ya, mungkin tidak

perasan tak semangat menaip dan meluah perasaan kt sini dah hilang? klu perasan bagus, kalau tak, maknenyer aku yg suka perasan sendiri. kalau di ikut kan, sekarang la masa nya utk aku bnyakkn coretan kt sini. perasaan makin terbuku. nak diluah dan dilafaz, tak tau pada siapa. bile lihat keliling, semuanya ada urusan sndr. apalah sgt nak hiraukn masalah perasaan aku ni. sepatut nya, tempat ni la jadi tempat meluah rasa. tapi entah. lagi suka dibiar kn berhabuk. niat asal nak mengadu segala macam jenis ujian yg datang tersangkut bila baca blog ika. ada betul nya cakap dia. "tuhan takkan turunkan ujian melainkan Dia tau kita mampu hadapinya". tapi aku ni manusia biasa. selama ni aku anggap diri ni kental sgt. padahal, masa aku perasan kental tu, tak samapi 10 peratus pun susah aku rasa. sekarang baru dapat rasa dan baru lah padan muka diri sendiri. masa ni lah aku rasa aku ni bukan la kental mana. kalau bukan kerana adi dan mereka2 yg lain, rasa2 nya aku berada di perak masa ni...

Senyum

Melihat dia kembali tersenyum, membuatkn diri ini turut tersenyum. :) Terima kasih Allah.... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.