princess hours.

post terakhir adalah pada bulan mei, dan sekarang bulan ogos. mmg bersawang sgt2 dah blog ni.
banyak sgt benda jadi sebenar nya sepanjang hmpr 3 bulan blog ni tak berupdate, cuma entah la. mood malas tu meluap2.

bulan mei dan jun seperti biasa la, rutin di ofis. ofis dah jadi rumah pertama sepanjang 2 bulan tu. 6 hari di pejabat, 8.30 hingga 9.00 mlm. tapi yg paling tak percaya, sy seronok. seronok dudk di ofis. rasa puas pun ada. macam2 kes dpt handle, dari sesenang2 dormant case smpi lah ke susah2 kes. semua saya dapat rasa. sebab tu saya puas dan sebab tu juga rasa berat hati nak tinggal kn ofis. kalau ikut kan hati, mmg nak lagi teruskan tapi tanggungjwab sbg anak di rumah pun dah memanggil2. tidak sampai hati tinggalkn rumah lama2. tidak sampai hati tinggalkn keluarga. gelar la saya anak manja sekalipun, saya tak kisah. itu mmg saya.

julai di jengka juga sgt sibuk. sibuk mengemas barang2 utk berpindah. 8 tahun duduk di jengka dan bermacam2 barang ada yg perlu dikemas dan diangkut. rasa mcm tak percaya akn tinggalkn jengka. sumpah rasa berat hati. walaupun bulan 9 nant saya akan kembali, tp saya tau keadaaan masa tu mmg dah tak sama. banyak kenangan di jengka. biar la orng nak cakap tiada apa di jengka tu, tp saya tak malu nk mengaku saya menetap di situ.

dan sekarang, ogos di seri iskandar, perak. dua minggu berada di sini, tak banyak yg boleh di ceritakan. maybe jengka masih kuat di hati, so semua di sini serba tak kena di mata saya. tunggu la 2,3 minggu lg, mungkin saya akn biasakan diri.

rasa nya, cukup la di sini. insya allah saya akn cuba kembali mengupdate sekerap mungkin.
masih tak terlambat rasa nya nak ucapkn, Selamat Berpuasa!! =)


Comments

Popular posts from this blog

dia ta sempurna tp dia terbaek.... =)

pesanan~

muet dn kwn2....