Ingat?

Eh, ingat tak janji tuan punya blog yang konon2 nak membuat coretan hati? Kalau tak ingt, bagus. Haha. Mood menaip masih belum sampai. Walaupun laptop sudah berfungsi seperti biasa, rasa nya medium ini lebih selesa. Tapi of course la. Tidak boleh la menaip terlalu panjang. Rasa macam janggal.

Sekarang kondisi diri berada dalam keadaan keliru. Masa depan yang celaru. Semua nya lah bercampur aduk. Soalan kahwin sudah acap kali di tanya. Apa yang nak di jawab? Entah. Rasa nya terlalu jauh semua tu. Banyak benda yang diri sendiri nak capai. Segulung master, jawatan sebagai pensyarah tetap. Tu baru sedikit.

Lagi satu, sekarang rasa bahagia dgn adik2 pelajar. Mereka madu, mereka racun. Sekejap mereka buat hati terluka, sekejap lagi mereka juga lah yg jadi penawar. Sayang kepada mereka jgn dipertikaikan la. Mmg terlampau syg.. Mungkin sebab semester pertama bergelar pensyarah jadi kasih sayang melimpah ruah untuk mereka.

Ah. Patut berhenti. Lampu merah blackberry berkelip2 menandakan ada insan yang ingin kan perhatian. Mungkin kita akan smbung lain kali. Mungkin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

more than a year

deep inside

mungkin bukan rezeki.