Bosan

Berada di perpustakaan baru uitm pahang. Datang dengan hajat besar ingin mengstudy kan diri untuk preparation kelas malam ni dan esok, tapi hampa. Mata mengantuk, badan lemah. Terus give up. Terus tutup buku dan memilih untuk mencoret di sini.

Hari ni masuk bulan ketiga berada di sini. Perasaan? Bercampur baur. Pahit, manis, masin, semua ada. Gembira, terluka semua rasa. Tapi hati cekal. Hampir 2 bulan, baru dua kali mengalir air mata. Kira cekal la tu. Selalu nya, seminggu sekali mesti mengalir. Manja.

Cabaran? Bersepah. Manakan nak layan kerenah student, kerenah MNH, kerenah kawan2. Tapi yela. Tu semua perasa hidup. Ape lah hidup tanpa cabaran kn? Bila berada di posisi ni, baru lah sedar, jadi tenaga pengajar tidak la sesenang yang di lihat selama ni. Setelah duduk dan merasa sendiri, baru sedar jerih perih seorang pensyarah. Ingt senang? Kerja bukan la semata mengajar dan duduk goyang kaki bila tiada kelas. Banyak tnggung jawab lain yang perlu di beri perhatian. Tapi kata2 seorang student semalam buat diri terkesan, "miss, ajar je la.. Cuba jangan merungut". Mmg hati terluka, tapi ada benar nya kata dia. Aku yang pilih jalan ni, so kenapa merungut kn?

Jadi, sempena masuk bulan baru ni, aku berazam untuk kurang kan merungut. Cuba jalan kan tanggungjawab seikhlas mungkin. Insya allah..

Okey la. Berhenti kat sini. Perlu smbung mengstudy kan diri. Assalamualaikum. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

dia ta sempurna tp dia terbaek.... =)

pesanan~

muet dn kwn2....